Thursday, 19 October 2017

3 TIPS JIMAT ELEKTRIK MUSIM PANAS

3 TIPS JIMAT ELEKTRIK MUSIM PANAS.


Kejadiran musim panas sudah pasti membuatkan segelintir tidak senang dan kebiasaannya menjadi rungutan bila tiba BIL ELEKTRIK.


Namun apa yang saya dapati menarik ialah ia juga dapat membantu kita menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.


Bagaimana?? Jom sambung baca.....


  1. Dapat mengurangkan penggunaan lampu.
  2. Kita dapat elakkan menggunakan pengering baju (dryer).
  3. Membantu mempercepatkan proses cas tenaga sistem solar & mampu bertahan lebih lama.


Bertindak sebelum terlambat!! InsyaAllah dapat membantu kita lebih berjimat cermat. 


#jimatletrikjimatduit

#tipsjimatletrik

#musimpanas

#elnino

3 TIPS JIMAT LETRIK TANPA KOS

3 CARA JIMAT LETRIK TANPA KOS

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••


Menarik tak kalau kita boleh jimatkan penggunaan elektrik tanpa kos. Tanpa kos maknanya tidak memerlukan kita mengeluarkan duit tetapi dapat menjimatkan elektrik.


Jadi saya harap perkongsian ini dapat memberi manfaat pada sahabat semua. InsyaAllah.


1. CABUT PLUG 


Pastikan cabut plug dari socket bagi elakkan aliran elektrik berterusan bocor.


2. ELAKKAN KERAP GUNA IRON


Jadualkan sebetulnya waktu mengosok baju supaya tidak kerap gunakan iron kerana setiap kali memanaskan pemanas iron box kita menggunakan tenaga elektrik yang sangat tinggi jadi sebaiknya kita elakkan kerap gunakan dan tukarkan atau jadualkan supaya dapat uruskan baju yang perlu digosok dalam satu masa yang tertentu.


3. PASTIKAN MESIN BASUH CAPAI KEMAMPUAN PENGGUNAAN


Tidak hanya menbasuh baju bila rasa perlu atau ikut suka hati kerana bagi mengelakkan pembaziran tenaga elektrik kita perlu pastikan setiap kali menggunakan mesin basuh ianya mestilah mencapai kemampuan beban mesin basuh itu. Sebagai contoh sekiranya kemampuan mesin basuh menampung 7kg jadi kita pastikan setiap basuhan mencapai kadar 7kg.


Untuk memastikan tips diatas berkesan kita hanya perlu DISIPLINKAN diri supaya setiap tindakan diatas dilaksanakn secara KONSISTEN. 


Saya harap sahabat semua dah mula BERTINDAK dan bukan sekadar MERANCANG sahaja!! 


Sekiranya TIPS ini membantu harap dapat SHARE supaya lebih ramai lagi dapat manfaat dari perkongsian ini.


SELAMAT MENCUBA!!

Semoga Bermanfaat!!


#jimatketrikjimatduit

#tipsjimatletrik

#jimattanpakos

#abangkaren

Wednesday, 20 September 2017

Politik - Sandiwara atau Seni



Politik adalah satu perkara yang dilalui atau lebih tepat dirasai di setiap pelusuk walaupun seseorang itu mampu mengatakan dia tidak suka politik macam yang biasa kebanyakkan kita dengar dari segelintir pemuda/puteri. Apa yang buat saya tertanya-tanya adakah mereka ini benar-benar sudah kenal apa erti politik itu sendiri? kerana apa yang dibenci itu yang kita lalui setiap hari. Di tempat kerja, dengan rakan sebaya & ada dengan keluarga dan hampir setiap perkara yang kita lalui ada penglibatan politik. Tetapi apa yang saya nak kongsikan dalam artikel ini adalah tentang tokoh politik negera kita khususnya tentang Dato’ Seri Najib vs Tun Dr Mahathir.



Perselisihan antara dua tokoh negara ini menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat. Secara jujurnya saya sangat hormati dan kagumi kedua tokoh ini atas pencapaian politik masing-masing.

Segelintir akan menyatakan sokongan pada satu-satu pihak atas sebab masing-masing dan ada segelintir akan tolak langsung dari ingin tahu perselisihan ini kerana kurang minat pada hal-hal berkaitan politik mungkin. Mungkin juga ada yang sama berfikiran seperti saya. 



Apa yang menarik minat saya adalah pada pertembungan antara kedua tokoh ini adalah sangat sengit jika dibandingkan dengan pertembungan tokoh negara sebelum-sebelum ini. Tak perlu saya senaraikan rasanya kerana semua kenal siapa Tun Dr. Mahathir. 

Kesengitan kali ini betul-betul memaksa keadaan Dato’ Seri Najib menggunakan segala mungkin senjata bagi mengalahkan musuhnya. Apa yang saya maksudkan disini adalah tentang seni politik dan sama seperti Tun Dr. Mahathir juga gunakan pelbagai isu sebagai tekanan terhadap Dato’ Seri Najib sehinggakan sampai satu masa beliau sendiri terpaksa mengaku tidak percaya laporan berita luar negara dalam isu BMF sedangkan dalam isu Dato’ Seri Najib beliau mempercayai pula laporan luar negara. Pelik kan?? 

Ini lah seni politik Tun Mahathir. Kenapa ada yang nak marah sebab saya bahasakan ianya seni politik? Cuba kita lihat walaupun jelas kenyataan dan pendirian Tun Mahathir bertentangan namun masih ada lagi yang menyokong. Tidakkah kita pelik yang dulu dikatakan rasis tetapi hari ini duduk sama minum kopi kongsi cawan semata-mata mahu jatuhkan seorang Perdana Menteri yang dilantik secara demokrasi.



Kata seorang kawan apa yang dipeliknya orang yang Tun sendiri cakap akan pelingkup negara dulu pun harini dia sokong jadi Perdana Menteri. Yang saya hairan dia hadir majlis yang ada sambutan kepada Dato’ Seri Anwar menjadi PM-7 namun tak angkat sepanduk “ANWAR PM-7”. 



Adakah semata-mata nak selamatkan dirinya Tun M  sudah berpindah arah menyokong pihak yang dulu nya pernah menjadi lawannya sepanjang tempoh menjadi Perdana Menteri. Adakah ini sandiwara atau seni? Apa pendapat pembaca? 

Sekian.
Gossip People
Politics

ADAKAH TUN M MENYOKONG PESTA ARAK???



KOTA BHARU - DAP jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terus menyokong pesta arak yang dijadual diadakan di ibu negara bulan depan, kata Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Che Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan berkata, penganjuran pesta membabitkan pengambilan alkohol adalah tidak wajar kerana majoriti penduduk di negara ini beragama Islam.

"Bila kita berhujah atas dasar masyarakat majmuk, maknanya setiap rakyat Malaysia ini mesti menghormati agama-agama lain. Islam tak melarang bukan Islam untuk minum arak tapi bila mereka nak buat pesta arak, mereka tak sensitif dengan apa yang dilarang dalam Islam.

"Ini kerana dalam perlembagaan jelas meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dan majoriti penduduk di negara ini adalah Muslim," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sin, hari ini.



Semalam, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim dipetik sebagai berkata Malaysia sebuah negara demokrasi dan semua pihak berhak melakukan apa saja aktiviti selagi tidak menyalahi undang-undang.

Teng turut dilaporkan berkata Pas perlu faham bahawa Malaysia sebuah negara majmuk dan bukan hanya orang Pas sahaja yang tinggal di negara ini.

Berhubung isu itu, Che Abdullah menyelar sikap pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) yang terus mendiamkan diri dalam walaupun mereka sebelum ini melaungkan-laungkan parti itu turut memperjuangkan Islam.

"Tokoh-tokoh 'jihad' dalam Amanah semua diam, bukan sahaja membabitkan isu pesta arak malah dalam semua perkara apabila ia bersangkutan dengan DAP. Amanah tak boleh berbuat apa-apa kerana takut DAP marah," katanya. - Bernama

Apakah Tun Mahathir akan menyokong PESTA ARAK ini demi menjaga hubungan dengan DAP atau akan MEMBANTAH PESTA ARAK ini? Sama-samalah kita nantikan komen dari Tun Dr. Mahathir.

Rujukan:http://abnnasution.blogspot.my/2017/09/pesta-arak-di-negara-islam-amanah-sepi.html


Tuesday, 19 September 2017

PANDUAN BELI RUMAH TERES


PANDUAN BELI RUMAH TERES.
Berikut adalah beberapa panduan dan tips yang boleh diambil kira sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah teres.
Ada 18 TIPS menarik & berbaloi.

Saturday, 16 September 2017

TUN M BERTANDING PRU-14 - PAS TIDAK TERKEJUT...


KOTA BAHRU – Hasrat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak mengejutkan, kata Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad.
Ujarnya, Dr Mahathir diketahui umum akan sentiasa memastikan dirinya berada pada kedudukan tertinggi sementelah pernah berkuasa selama 22 tahun ketika menjadi perdana menteri. 
“Saya tidak terkejut dengan Mahathir ni kerana dia orang yang memang selalu nak duduk di atas,” katanya kepada Antarapos selepas menghadiri Forum Perdana ‘Islam Jalan Penyelesaian’, di Dataran Stadium Sultan Muhammad V, Kota Bahru, Kelantan. 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru Dr Mahathir bahawa beliau sedia bertanding pada pilihan raya akan datang sekiranya ‘terdesak’.
Mahathir bagaimanapun berkata sehingga kini keadaan itu tidak timbul kerana parti itu masih mempunyai ramai calon yang layak.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut diminta mengulas struktur baru PH yang diumumkan minggu lalu.
“Saya tak faham (PH) guna model apa. Kita pun tak faham siapa yang berkuasa pengerusi ke? penasihat ke? Kita tak tahu,” ujarnya.
PH Khamis lalu mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum.
Pemimpin PH sebelum ini menafikan struktur baru gagasannya akan mewujudkan pemusatan kuasa antara Dr Mahathir, Wan Azizah serta Anwar, malah mereka tetap berpegang bahawa sebarang keputusan akan dibuat secara konsensus.
Mereka juga berpegang kepada jaminan Dr Mahathir bahawa taraf semua parti komponen dalam PH adalah sama rata. – AntaraPos

SEJAK 2007 LAGI BANYAK TAHFIZ TERBAKAR....



KUALA LUMPUR - Kebakaran bangunan asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di ibu negara pagi ini adalah antara kebakaran terbesar  melibatkan kematian yang tinggi di negara ini, seramai 23 orang.
Dalam kejadian hampir waktu Subuh itu, 21 pelajar lelaki berusia 13 hingga 17 tahun dan dua orang guru yang juga warden asrama maut manakala tujuh lagi menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur berikutan kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memandang serius kes itu dan sehingga ini sebanyak 31 kes kebakaran melibatkan pusat tahfiz dilaporkan berlaku di seluruh negara sejak 2011.  
Berdasarkan rekod Bernama, kebakaran terbesar membabitkan warga pusat tahfiz yang mendapat liputan meluas  berlaku  pada 22 Sept 1989 yang menyaksikan lapan buah asrama Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Al-Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya di Yan, Kedah hangus terbakar.
Dalam kebakaran itu, seramai 27 pelajar sekolah terkorban dalam keadaan yang sungguh tragis dan jenazah mereka dikebumikan di tanah perkuburan khas "27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya" di Padang Lumat, Yan.
Berikut adalah kronologi insiden kebakaran melibatkan sekolah agama dan tahfiz di seluruh negara sejak 2007: 

2017

* 13 Jan : Seorang murid tahfiz cedera dalam kebakaran asrama Pondok Nurul Iman di Kampung Tanjung Batu, Nenasi, Pekan.
* 16 Jan :  Seramai 113 pelajar Pusat Pendidikan Islam an-Nuur atau lebih dikenali Pondok an-Nuur di Pantai Sepat, Kuantan hilang tempat tinggal selepas asrama mereka musnah terbakar. 
(Ini merupakan kejadian kedua selepas kejadian pertama pada tahun 2006,  juga melibatkan asrama pelajar)
* 7 Feb : Seramai 73 pelajar perempuan Sekolah Agama Maran di Pahang tinggal sehelai sepinggang setelah asrama kediaman mereka musnah sepenuhnya dalam kebakaran.
* 28 Feb : Sebanyak 40 pondok kediaman yang menempatkan 100 pelajar berumur antara 15 dan 30 tahun di Pondok Al-Baghdadi, Tumpat hangus terbakar, namun kesemua pelajar terselamat.
* 17 April : Sebanyak 10 pondok kediaman pelajar Pusat Pengajian Pondok Seri Permai, Permatang Sungkai di Pasir Puteh, Kelantan musnah dalam kebakaran menyebabkan kerugian kira-kira RM161,000.
* 30 April : 30 pelajar Mahaad Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah Mukim Lalang, Banggol Chicha, Pasir Mas tinggal sehelai sepinggang apabila asrama penginapan mereka musnah dalam kebakaran.
* 3 Julai : Bilik stor di bawah tingkat asrama yang didiami 68 pelajar perempuan di Sekolah Agama Maahad Al-Islah di Teluk Intan, Perak musnah dijilat api. 
* 4 Julai : 18 pondok penginapan Madrasah Addiniah Al-Latifiah di Pengkalan Hulu, Kelantan yang menempatkan 66 penuntut musnah dalam kebakaran. 
* 30 Julai : Dua blok asrama yang menempatkan 100 pelajar lelaki Maahad Tahfiz Al-Barakah di Sepang musnah dalam kebakaran.
*14 Sept : Seramai 21 pelajar dan dua guru maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di Kuala Lumpur.
Kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas yang berlaku di hadapan pintu masuk bilik asrama tingkat paling atas bangunan tiga tingkat itu.

2016 
* 18 Jan : Bangunan dua tingkat termasuk asrama menempatkan 30 pelajar Madrasah Tahfiz Al-Redzuan musnah dalam kebakaran di Kampung Dato Ahmad Razali, di Dengkil. 
* 7 Mac : Seramai 60 pelajar Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi hilang tempat tinggal apabila asrama mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 40, Sabak Bernam.
* 3 Mac : Asrama pelajar Maahad Tahfiz at-Tijarah di Jalan Bukit Idaman 8, Bukit Idaman di Selayang,  antara yang musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai tiga tingkat.
* 11 Mei : Sebuah bangunan dua tingkat asrama Madrasah Tahfiz Al-Quran Raudhatul Ulum, Bagan Selat, di Butterworth musnah dalam kebakaran manakala penghuninya terselamat.
* 18 Jun : Asrama Madrasah Diniah Bakriah Pondok Pasir Tumboh yang menempatkan lebih 50 penghuni hangus dalam kebakaran, bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.  (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan melaporkan ini kebakaran kedua di lokasi sama selepas yang pertama pada Julai 2016) 
* 22 Sept : Sebuah pondok lama di Maahad Tahfiz Daril Naim, Pangkal Kala, Melor, di Kota Bharu, musnah terbakar.

2015 

* 6 Mei: Sebuah premis yang menempatkan barang keperluan pelajar Pusat Pengajian Islam dan Tahfiz Ribat Assyafie di Taman Murni Perdana di Dungun musnah dalam kebakaran.
*13 Mei : Sebuah bangunan yang menempatkan asrama bagi 26 orang pelajar Tahfiz Khairul Kalam di Jalan Kebun di Shah Alam terbakar.
* 29 Julai : Tiga pelajar Sekolah Agama Raudhatut Tahfiz di Km 2, Jalan Gunung Jerai di Guar Cempedak melecur dalam kebakaran bangunan asrama mereka.
* 28 Ogos : Sebuah asrama Madrasah Tahfiz Al-Zahra di Kampung Ladang, Gelang Patah di Johor Baharu terbakar kira-kira 6 pagi.
* 21 Okt : Kebakaran memusnahkan 70 peratus Sekolah Agama Al Ummi Tahfiz al-Quran di  Labuan, bagaimanapun, semua pelajar dan gurunya selamat.

2014

14 Feb : Sebanyak 17 pelajar Maahad Tahfiz Muhammadiah, Bukit Rangin di Kuantan tinggal sehelai sepinggang apabila bangunan madrasah dua tingkat yang turut menempatkan asrama mereka musnah dalam kebakaran.

2013 

* 15 Jun : Seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu, dekat Sungai Petani, maut manakala dua rakannya cedera dalam kebakaran di asrama Maahad berkenaan.
*4 Julai: Sejumlah 81 pelajar Sekolah Menengah Agama Kunak di sini tinggal sehelai sepinggang selepas asrama sementara yang menempatkan pelajar lelaki musnah dalam kebakaran 

2012

* 9 Sept : Tingkat dua sebuah bangunan yang menempatkan asrama dihuni 25 pelajar Maahad Tahfiz Assyifa di Kampung Kolam, Kuala Ibai di Kuala Terengganu, terbakar dalam satu kejadian ketika pelajar solat Zuhur di surau berhampiran.
*25 Jan: Sebuah asrama pelajar lelaki di Sekolah Menengah Agama Nadzah, Bukit Besar di Yan, Kedah hangus dalam kebakaran dipercayai akibat litar pintas sebelum merebak ke seluruh bilik dan memusnahkan katil, tilam dan segala kelengkapan pelajar.
Pada 1996 dan 2005, berlaku kebakaran di sekolah yang sama membabitkan sebuah blok asrama pelajar perempuan.

2011 

*16 Jan : Tingkat atas bangunan Sekolah Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zdalifah setinggi dua tingkat di Km3, Jalan Sungai Korok, Lebuh raya Sultan Abdul Halim di Alor Setar musnah dalam kebakaran kira-kira 10.50 pagi.  

2010

*22 Jan : Sekolah Pondok Lubuk Tapah, pusat agama dan pendidikan tertua di Kelantan musnah dalam kebakaran.
* 25 Julai: Seorang pelajar berusia lapan tahun di sekolah agama swasta di Hulu Langat rentung setelah terperangkap dalam kebakaran pukul 1.30 pagi yang memusnahkan bangunan menempatkan Pusat  Pengajian Hayatul Ulum pada pukul 1.30 pagi.

2009

* 1 Jan : Kebakaran yang berlaku di sebuah bangunan dua tingkat di Sekolah Madrasah Darul Hikmah, di Kota Kinabalu menyebabkan kerugian kira-kira RM200,000, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

2007 

* 7 Ogos : Seramai 12 pelajar Sekolah Menengah Agama Darul Makmur di Pekan, Pahang tidak dapat menduduki ujian lisan al-Quran Sijil Sekolah Menengah Agama (SMA) setelah bangunan sekolah mereka musnah dijilat api dalam kejadian pada pukul 4.45 pagi.
Kebakaran itu mengakibatkan empat buat kelas, sebuah bilik komputer, bilik guru dan bilik pengetua termasuk wang tunai RM8,500 hangus.
* 22 Sept : Sebuah kebakaran memusnahkan 40 pondok di Sekolah Pondok Bandar Hilir di Teloi, Sik, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana kejadian berlaku pada musim cuti persekolahan.
* 22 Okt : Sebuah blok asrama yang menempatkan 96 murid di Sekolah Nurul Hidayah Al-Quran Maahad Tahfiz Pasir Putih hangus dijilat api, namun kesemua pelajar selamat kerana mereka ketika itu menghadiri kelas.- Bernama

kredit: Sinar Harian Online