Perselisihan antara dua tokoh negara ini menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat. Secara jujurnya saya sangat hormati dan kagumi kedua tokoh ini atas pencapaian politik masing-masing.
Segelintir akan menyatakan sokongan pada satu-satu pihak atas sebab masing-masing dan ada segelintir akan tolak langsung dari ingin tahu perselisihan ini kerana kurang minat pada hal-hal berkaitan politik mungkin. Mungkin juga ada yang sama berfikiran seperti saya.
Apa yang menarik minat saya adalah pada pertembungan antara kedua tokoh ini adalah sangat sengit jika dibandingkan dengan pertembungan tokoh negara sebelum-sebelum ini. Tak perlu saya senaraikan rasanya kerana semua kenal siapa Tun Dr. Mahathir.
Kesengitan kali ini betul-betul memaksa keadaan Dato’ Seri Najib menggunakan segala mungkin senjata bagi mengalahkan musuhnya. Apa yang saya maksudkan disini adalah tentang seni politik dan sama seperti Tun Dr. Mahathir juga gunakan pelbagai isu sebagai tekanan terhadap Dato’ Seri Najib sehinggakan sampai satu masa beliau sendiri terpaksa mengaku tidak percaya laporan berita luar negara dalam isu BMF sedangkan dalam isu Dato’ Seri Najib beliau mempercayai pula laporan luar negara. Pelik kan??
Ini lah seni politik Tun Mahathir. Kenapa ada yang nak marah sebab saya bahasakan ianya seni politik? Cuba kita lihat walaupun jelas kenyataan dan pendirian Tun Mahathir bertentangan namun masih ada lagi yang menyokong. Tidakkah kita pelik yang dulu dikatakan rasis tetapi hari ini duduk sama minum kopi kongsi cawan semata-mata mahu jatuhkan seorang Perdana Menteri yang dilantik secara demokrasi.
Kata seorang kawan apa yang dipeliknya orang yang Tun sendiri cakap akan pelingkup negara dulu pun harini dia sokong jadi Perdana Menteri. Yang saya hairan dia hadir majlis yang ada sambutan kepada Dato’ Seri Anwar menjadi PM-7 namun tak angkat sepanduk “ANWAR PM-7”.
Adakah semata-mata nak selamatkan dirinya Tun M sudah berpindah arah menyokong pihak yang dulu nya pernah menjadi lawannya sepanjang tempoh menjadi Perdana Menteri. Adakah ini sandiwara atau seni? Apa pendapat pembaca?
Sekian.
Gossip People
Politics
No comments:
Post a Comment