5 TIPS PEMILIHAN, PEMBELIAN & PENGGUNAAN
PENGHAWA DINGIN.
Sebahagian besar
dari pengguna kurang kesedaran tentang bagaimana mereka dapat mengurangkan
penggunaan tenaga elektrik dan ada yang lebih selesa menuding jari pada pihak
TNB atas sebab kenaikan tarif. Sedangkan sebagai pengguna kita perlu lebih
sedar tentang cara efektif penggunaan peralatan elektrik demi memastikan
penggunaan tenaga elektrik lebih stabil.
Jadi, saya cuba
mendalami dan hari ini ingin berkongsi 5 tips penggunaan penghawa dingin yang lebih
efektif tenaga. Pemilihan penghawa dingin adalah disebabkan kenaikan bil
elektrik pada musim elnino dan kita dapat lihat kecenderungan pengguna
menyerang TNB kerana berang bil elektrik melambung 2 kali ganda dari biasa.
Sebaiknya
pengguna perlu tahu bagaimana proses sejuk sebuah penghawa dingin terlebih
dahulu kerana bila teruskan dengan tips pengguna akan faham kenapa dan atas
kecenderungan apa tips ini dikongsikan.
Sebuah penghawa
dingin akan menggunakan tenaga elektrik 3 kali ganda dari biasa bagi mencapai
suhu yang kita tentukan pada remote tersebut. Setelah capai suhu yang
ditetapkan ianya akan berjalan mengikut kadar penggunaan elektrik yang minimum.
Pertama – Saya akan mulakan dengan kriteria yang
perlu dipertimbangkan semasa pembelian/pemilihan penghawa dingin iaitu:
a) Jenama
WAJIB kita memilih jenama yang produk utama mereka adalah membuat
penghawa dingin & bukan jenama yang menjadikan penghasilan penghawa dingin
semata-mata menjual kepada pengguna.
Ini kerana pengeluar utama lebih cepat memperbaharui teknologi dan
sentiasa mengikuti perkembangan terbaru serta produk mereka lebih bertahan lama
dan mudah mendapatkan alat gantian.
b) Kelulusan
Penjimatan Elektrik
Selain dari memilih penghawa dingin jenis inverter kita juga boleh
membeli penghawa dingin yang non-inverter tetapi perlu mendapatkan penghawa
dingin yang berkelulusan jimat elektrik dari pihak Suruhanjaya Tenaga.
Terdapat label pada penghawa dingin yang menunjukkan nilai penjimatan
mengikut bintang.
Kedua – Kebarangkalian pengguna tidak tahu
bagaimana mengira BTU (British Thermal Unit) dalam menentukan hp (horse power)
penghawa dingin bagi sesuatu ruang. Walaupun ianya nampak remeh tetapi ianya
adalah langkah pertama yang perlu kita patuhi bagi menikmati penjimatan
penggunaan kadar tenaga elektrik sesuatu ruang.
Pemilihan hp
(horse power) unit penghawa dingin yang bersesuaian dengan ruang adalah sangat
penting bagi mengelakkan kerugian tenaga elektrik pada sesuatu ruang tersebut.
Jadi, pengguna perlu mendapat beberapa maklumat seperti lebar, panjang, tinggi
sesuatu ruang dan kuantiti pitu serta tingkap. Maklumat ini adalah bagi
membolehkan pengedar atau kontraktor mengira BTU (British Thermal Unit) pada
ruang tersebut dan seterusnya menentukan kadar hp yang sesuai bagi ruangan tersebut.
BTU bagi seorang
adalah 600 jadi sekiranya pengguna merasakan sesebuah ruangan itu mungkin
dihadiri lebih dari kapasiti asal, pengguna boleh tambahkan 600 BTU bagi setiap
seorang. Jadi ini akan membantu proses sejuk berlaku dengan lebih cepat dan efisyen
tenaga.
Ketiga - Kita
perlu sedar satu perkara iaitu sebagai kata kunci iaitu lebih cepat proses
sejuk mencapai suhu yang ditetapkan lebih kurang penggunaan tenaga elektrik.
Jadi, kita perlu fikir dari setiap sudut demi capai penggunaan tenaga yang
efisyen.
Pastikan setiap
ruang yang terdedah kepada cahaya seperti cermin tingkap ditutup dengan blind
atau di gelapkan. Ianya bagi mengurangkan kadar cahaya atau haba diluar
mengganggu atau melambatkan proses sejuk sesuatu ruang.
Ini adalah masalah
yang berlaku pada peringkat awal pembinaan rumah. Kita membuat bayangan
kediaman tanpa fikir dan rancang kemungkinan masalah yang kita bakal lalui
terlebih dahulu. Dan rata-rata kita hanya akan sedar selepas mendiami kediaman
yang dikelilingi dengan ruang yang terdedah. Tidak salah ikut trend design
tetapi ianya perlu ditimbang juga dengan perkara-perkara yang boleh menjadi
beban tanggungan kepada kita.
Keempat - Penetapan suhu penghawa dingin juga
mempengaruhi bil elektrik kita. Jadi, sepertimana yang dicadangkan pihak TNB
penetapan suhu harus di antara 24-26 darjah celcius.
Tidak dinafikan
penetapan suhu tersebut mepengaruhi tempoh bagi mencapai kepuasan pengguna
namun ia adalah paras suhu yang ideal bagi menjimatkan elektrik.
Penetapan suhu tersebut
akan menjadikan kompressor penghawa dingin lebih cepat capai penetapan suhu dan
berfungsi pada kadar minimum berbanding dengan penetapan suhu 16 darjah
celcius.
Kelima – Penggunaan timer (penetapan masa) pada
remote penghawa dingin adalah penting. Ini kerana kita dapat menetapkan tempoh
penggunaan penghawa dingin & dapat mengelakkan pembaziran.
Sebagai contoh
pada waktu malam adalah lebih baik sekiranya kita menetapkan tempoh penggunaan
bagi menggelakkan penghawa dingin terbiar sehingga awal pagi.
Setakat ini
sahaja perkongsian saya tentang pemilihan, pembelian & penggunaan penghawa
dingin supaya lebih efisyen tenaga elektrik. Semoga perkongsian ini dapat
memberi manfaat pada sahabat semua.
Sekian terima
kasih.
p/s: Bagi dapatkan lebih banyak lagi tips jimat letrik bokeh follow di FB saya.
Follow FB: www.facebook.com/abangkaren



No comments:
Post a Comment