Friday, 20 October 2017

5 TIPS PEMILIHAN, PEMBELIAN & PENGGUNAAN PENGHAWA DINGIN



5 TIPS PEMILIHAN, PEMBELIAN & PENGGUNAAN PENGHAWA DINGIN.

Sebahagian besar dari pengguna kurang kesedaran tentang bagaimana mereka dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan ada yang lebih selesa menuding jari pada pihak TNB atas sebab kenaikan tarif. Sedangkan sebagai pengguna kita perlu lebih sedar tentang cara efektif penggunaan peralatan elektrik demi memastikan penggunaan tenaga elektrik lebih stabil.

Jadi, saya cuba mendalami dan hari ini ingin berkongsi 5 tips penggunaan penghawa dingin yang lebih efektif tenaga. Pemilihan penghawa dingin adalah disebabkan kenaikan bil elektrik pada musim elnino dan kita dapat lihat kecenderungan pengguna menyerang TNB kerana berang bil elektrik melambung 2 kali ganda dari biasa.

Sebaiknya pengguna perlu tahu bagaimana proses sejuk sebuah penghawa dingin terlebih dahulu kerana bila teruskan dengan tips pengguna akan faham kenapa dan atas kecenderungan apa tips ini dikongsikan.

Sebuah penghawa dingin akan menggunakan tenaga elektrik 3 kali ganda dari biasa bagi mencapai suhu yang kita tentukan pada remote tersebut. Setelah capai suhu yang ditetapkan ianya akan berjalan mengikut kadar penggunaan elektrik yang minimum.

Pertama – Saya akan mulakan dengan kriteria yang perlu dipertimbangkan semasa pembelian/pemilihan penghawa dingin iaitu:




a)       Jenama

WAJIB kita memilih jenama yang produk utama mereka adalah membuat penghawa dingin & bukan jenama yang menjadikan penghasilan penghawa dingin semata-mata menjual kepada pengguna.

Ini kerana pengeluar utama lebih cepat memperbaharui teknologi dan sentiasa mengikuti perkembangan terbaru serta produk mereka lebih bertahan lama dan mudah mendapatkan alat gantian.

b)      Kelulusan Penjimatan Elektrik

Selain dari memilih penghawa dingin jenis inverter kita juga boleh membeli penghawa dingin yang non-inverter tetapi perlu mendapatkan penghawa dingin yang berkelulusan jimat elektrik dari pihak Suruhanjaya Tenaga.

Terdapat label pada penghawa dingin yang menunjukkan nilai penjimatan mengikut bintang.




Kedua – Kebarangkalian pengguna tidak tahu bagaimana mengira BTU (British Thermal Unit) dalam menentukan hp (horse power) penghawa dingin bagi sesuatu ruang. Walaupun ianya nampak remeh tetapi ianya adalah langkah pertama yang perlu kita patuhi bagi menikmati penjimatan penggunaan kadar tenaga elektrik sesuatu ruang.

Pemilihan hp (horse power) unit penghawa dingin yang bersesuaian dengan ruang adalah sangat penting bagi mengelakkan kerugian tenaga elektrik pada sesuatu ruang tersebut. Jadi, pengguna perlu mendapat beberapa maklumat seperti lebar, panjang, tinggi sesuatu ruang dan kuantiti pitu serta tingkap. Maklumat ini adalah bagi membolehkan pengedar atau kontraktor mengira BTU (British Thermal Unit) pada ruang tersebut dan seterusnya menentukan kadar hp yang sesuai bagi ruangan tersebut.

BTU bagi seorang adalah 600 jadi sekiranya pengguna merasakan sesebuah ruangan itu mungkin dihadiri lebih dari kapasiti asal, pengguna boleh tambahkan 600 BTU bagi setiap seorang. Jadi ini akan membantu proses sejuk berlaku dengan lebih cepat dan efisyen tenaga.

Ketiga -  Kita perlu sedar satu perkara iaitu sebagai kata kunci iaitu lebih cepat proses sejuk mencapai suhu yang ditetapkan lebih kurang penggunaan tenaga elektrik. Jadi, kita perlu fikir dari setiap sudut demi capai penggunaan tenaga yang efisyen.

Pastikan setiap ruang yang terdedah kepada cahaya seperti cermin tingkap ditutup dengan blind atau di gelapkan. Ianya bagi mengurangkan kadar cahaya atau haba diluar mengganggu atau melambatkan proses sejuk sesuatu ruang.

Ini adalah masalah yang berlaku pada peringkat awal pembinaan rumah. Kita membuat bayangan kediaman tanpa fikir dan rancang kemungkinan masalah yang kita bakal lalui terlebih dahulu. Dan rata-rata kita hanya akan sedar selepas mendiami kediaman yang dikelilingi dengan ruang yang terdedah. Tidak salah ikut trend design tetapi ianya perlu ditimbang juga dengan perkara-perkara yang boleh menjadi beban tanggungan kepada kita.


Keempat -  Penetapan suhu penghawa dingin juga mempengaruhi bil elektrik kita. Jadi, sepertimana yang dicadangkan pihak TNB penetapan suhu harus di antara 24-26 darjah celcius.

Tidak dinafikan penetapan suhu tersebut mepengaruhi tempoh bagi mencapai kepuasan pengguna namun ia adalah paras suhu yang ideal bagi menjimatkan elektrik.

Penetapan suhu tersebut akan menjadikan kompressor penghawa dingin lebih cepat capai penetapan suhu dan berfungsi pada kadar minimum berbanding dengan penetapan suhu 16 darjah celcius.

Kelima – Penggunaan timer (penetapan masa) pada remote penghawa dingin adalah penting. Ini kerana kita dapat menetapkan tempoh penggunaan penghawa dingin & dapat mengelakkan pembaziran.

Sebagai contoh pada waktu malam adalah lebih baik sekiranya kita menetapkan tempoh penggunaan bagi menggelakkan penghawa dingin terbiar sehingga awal pagi.

Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang pemilihan, pembelian & penggunaan penghawa dingin supaya lebih efisyen tenaga elektrik. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada sahabat semua.

Sekian terima kasih.

p/s: Bagi dapatkan lebih banyak lagi tips jimat letrik bokeh follow di FB saya.
Follow FB: www.facebook.com/abangkaren





Thursday, 19 October 2017

3 TIPS JIMAT ELEKTRIK MUSIM PANAS

3 TIPS JIMAT ELEKTRIK MUSIM PANAS.


Kejadiran musim panas sudah pasti membuatkan segelintir tidak senang dan kebiasaannya menjadi rungutan bila tiba BIL ELEKTRIK.


Namun apa yang saya dapati menarik ialah ia juga dapat membantu kita menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.


Bagaimana?? Jom sambung baca.....


  1. Dapat mengurangkan penggunaan lampu.
  2. Kita dapat elakkan menggunakan pengering baju (dryer).
  3. Membantu mempercepatkan proses cas tenaga sistem solar & mampu bertahan lebih lama.


Bertindak sebelum terlambat!! InsyaAllah dapat membantu kita lebih berjimat cermat. 


#jimatletrikjimatduit

#tipsjimatletrik

#musimpanas

#elnino

3 TIPS JIMAT LETRIK TANPA KOS

3 CARA JIMAT LETRIK TANPA KOS

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••


Menarik tak kalau kita boleh jimatkan penggunaan elektrik tanpa kos. Tanpa kos maknanya tidak memerlukan kita mengeluarkan duit tetapi dapat menjimatkan elektrik.


Jadi saya harap perkongsian ini dapat memberi manfaat pada sahabat semua. InsyaAllah.


1. CABUT PLUG 


Pastikan cabut plug dari socket bagi elakkan aliran elektrik berterusan bocor.


2. ELAKKAN KERAP GUNA IRON


Jadualkan sebetulnya waktu mengosok baju supaya tidak kerap gunakan iron kerana setiap kali memanaskan pemanas iron box kita menggunakan tenaga elektrik yang sangat tinggi jadi sebaiknya kita elakkan kerap gunakan dan tukarkan atau jadualkan supaya dapat uruskan baju yang perlu digosok dalam satu masa yang tertentu.


3. PASTIKAN MESIN BASUH CAPAI KEMAMPUAN PENGGUNAAN


Tidak hanya menbasuh baju bila rasa perlu atau ikut suka hati kerana bagi mengelakkan pembaziran tenaga elektrik kita perlu pastikan setiap kali menggunakan mesin basuh ianya mestilah mencapai kemampuan beban mesin basuh itu. Sebagai contoh sekiranya kemampuan mesin basuh menampung 7kg jadi kita pastikan setiap basuhan mencapai kadar 7kg.


Untuk memastikan tips diatas berkesan kita hanya perlu DISIPLINKAN diri supaya setiap tindakan diatas dilaksanakn secara KONSISTEN. 


Saya harap sahabat semua dah mula BERTINDAK dan bukan sekadar MERANCANG sahaja!! 


Sekiranya TIPS ini membantu harap dapat SHARE supaya lebih ramai lagi dapat manfaat dari perkongsian ini.


SELAMAT MENCUBA!!

Semoga Bermanfaat!!


#jimatketrikjimatduit

#tipsjimatletrik

#jimattanpakos

#abangkaren

Wednesday, 20 September 2017

Politik - Sandiwara atau Seni



Politik adalah satu perkara yang dilalui atau lebih tepat dirasai di setiap pelusuk walaupun seseorang itu mampu mengatakan dia tidak suka politik macam yang biasa kebanyakkan kita dengar dari segelintir pemuda/puteri. Apa yang buat saya tertanya-tanya adakah mereka ini benar-benar sudah kenal apa erti politik itu sendiri? kerana apa yang dibenci itu yang kita lalui setiap hari. Di tempat kerja, dengan rakan sebaya & ada dengan keluarga dan hampir setiap perkara yang kita lalui ada penglibatan politik. Tetapi apa yang saya nak kongsikan dalam artikel ini adalah tentang tokoh politik negera kita khususnya tentang Dato’ Seri Najib vs Tun Dr Mahathir.



Perselisihan antara dua tokoh negara ini menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat. Secara jujurnya saya sangat hormati dan kagumi kedua tokoh ini atas pencapaian politik masing-masing.

Segelintir akan menyatakan sokongan pada satu-satu pihak atas sebab masing-masing dan ada segelintir akan tolak langsung dari ingin tahu perselisihan ini kerana kurang minat pada hal-hal berkaitan politik mungkin. Mungkin juga ada yang sama berfikiran seperti saya. 



Apa yang menarik minat saya adalah pada pertembungan antara kedua tokoh ini adalah sangat sengit jika dibandingkan dengan pertembungan tokoh negara sebelum-sebelum ini. Tak perlu saya senaraikan rasanya kerana semua kenal siapa Tun Dr. Mahathir. 

Kesengitan kali ini betul-betul memaksa keadaan Dato’ Seri Najib menggunakan segala mungkin senjata bagi mengalahkan musuhnya. Apa yang saya maksudkan disini adalah tentang seni politik dan sama seperti Tun Dr. Mahathir juga gunakan pelbagai isu sebagai tekanan terhadap Dato’ Seri Najib sehinggakan sampai satu masa beliau sendiri terpaksa mengaku tidak percaya laporan berita luar negara dalam isu BMF sedangkan dalam isu Dato’ Seri Najib beliau mempercayai pula laporan luar negara. Pelik kan?? 

Ini lah seni politik Tun Mahathir. Kenapa ada yang nak marah sebab saya bahasakan ianya seni politik? Cuba kita lihat walaupun jelas kenyataan dan pendirian Tun Mahathir bertentangan namun masih ada lagi yang menyokong. Tidakkah kita pelik yang dulu dikatakan rasis tetapi hari ini duduk sama minum kopi kongsi cawan semata-mata mahu jatuhkan seorang Perdana Menteri yang dilantik secara demokrasi.



Kata seorang kawan apa yang dipeliknya orang yang Tun sendiri cakap akan pelingkup negara dulu pun harini dia sokong jadi Perdana Menteri. Yang saya hairan dia hadir majlis yang ada sambutan kepada Dato’ Seri Anwar menjadi PM-7 namun tak angkat sepanduk “ANWAR PM-7”. 



Adakah semata-mata nak selamatkan dirinya Tun M  sudah berpindah arah menyokong pihak yang dulu nya pernah menjadi lawannya sepanjang tempoh menjadi Perdana Menteri. Adakah ini sandiwara atau seni? Apa pendapat pembaca? 

Sekian.
Gossip People
Politics

ADAKAH TUN M MENYOKONG PESTA ARAK???



KOTA BHARU - DAP jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terus menyokong pesta arak yang dijadual diadakan di ibu negara bulan depan, kata Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Che Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan berkata, penganjuran pesta membabitkan pengambilan alkohol adalah tidak wajar kerana majoriti penduduk di negara ini beragama Islam.

"Bila kita berhujah atas dasar masyarakat majmuk, maknanya setiap rakyat Malaysia ini mesti menghormati agama-agama lain. Islam tak melarang bukan Islam untuk minum arak tapi bila mereka nak buat pesta arak, mereka tak sensitif dengan apa yang dilarang dalam Islam.

"Ini kerana dalam perlembagaan jelas meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dan majoriti penduduk di negara ini adalah Muslim," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sin, hari ini.



Semalam, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim dipetik sebagai berkata Malaysia sebuah negara demokrasi dan semua pihak berhak melakukan apa saja aktiviti selagi tidak menyalahi undang-undang.

Teng turut dilaporkan berkata Pas perlu faham bahawa Malaysia sebuah negara majmuk dan bukan hanya orang Pas sahaja yang tinggal di negara ini.

Berhubung isu itu, Che Abdullah menyelar sikap pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) yang terus mendiamkan diri dalam walaupun mereka sebelum ini melaungkan-laungkan parti itu turut memperjuangkan Islam.

"Tokoh-tokoh 'jihad' dalam Amanah semua diam, bukan sahaja membabitkan isu pesta arak malah dalam semua perkara apabila ia bersangkutan dengan DAP. Amanah tak boleh berbuat apa-apa kerana takut DAP marah," katanya. - Bernama

Apakah Tun Mahathir akan menyokong PESTA ARAK ini demi menjaga hubungan dengan DAP atau akan MEMBANTAH PESTA ARAK ini? Sama-samalah kita nantikan komen dari Tun Dr. Mahathir.

Rujukan:http://abnnasution.blogspot.my/2017/09/pesta-arak-di-negara-islam-amanah-sepi.html


Tuesday, 19 September 2017

PANDUAN BELI RUMAH TERES


PANDUAN BELI RUMAH TERES.
Berikut adalah beberapa panduan dan tips yang boleh diambil kira sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah teres.
Ada 18 TIPS menarik & berbaloi.

Saturday, 16 September 2017

TUN M BERTANDING PRU-14 - PAS TIDAK TERKEJUT...


KOTA BAHRU – Hasrat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak mengejutkan, kata Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad.
Ujarnya, Dr Mahathir diketahui umum akan sentiasa memastikan dirinya berada pada kedudukan tertinggi sementelah pernah berkuasa selama 22 tahun ketika menjadi perdana menteri. 
“Saya tidak terkejut dengan Mahathir ni kerana dia orang yang memang selalu nak duduk di atas,” katanya kepada Antarapos selepas menghadiri Forum Perdana ‘Islam Jalan Penyelesaian’, di Dataran Stadium Sultan Muhammad V, Kota Bahru, Kelantan. 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru Dr Mahathir bahawa beliau sedia bertanding pada pilihan raya akan datang sekiranya ‘terdesak’.
Mahathir bagaimanapun berkata sehingga kini keadaan itu tidak timbul kerana parti itu masih mempunyai ramai calon yang layak.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut diminta mengulas struktur baru PH yang diumumkan minggu lalu.
“Saya tak faham (PH) guna model apa. Kita pun tak faham siapa yang berkuasa pengerusi ke? penasihat ke? Kita tak tahu,” ujarnya.
PH Khamis lalu mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum.
Pemimpin PH sebelum ini menafikan struktur baru gagasannya akan mewujudkan pemusatan kuasa antara Dr Mahathir, Wan Azizah serta Anwar, malah mereka tetap berpegang bahawa sebarang keputusan akan dibuat secara konsensus.
Mereka juga berpegang kepada jaminan Dr Mahathir bahawa taraf semua parti komponen dalam PH adalah sama rata. – AntaraPos

SEJAK 2007 LAGI BANYAK TAHFIZ TERBAKAR....



KUALA LUMPUR - Kebakaran bangunan asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di ibu negara pagi ini adalah antara kebakaran terbesar  melibatkan kematian yang tinggi di negara ini, seramai 23 orang.
Dalam kejadian hampir waktu Subuh itu, 21 pelajar lelaki berusia 13 hingga 17 tahun dan dua orang guru yang juga warden asrama maut manakala tujuh lagi menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur berikutan kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memandang serius kes itu dan sehingga ini sebanyak 31 kes kebakaran melibatkan pusat tahfiz dilaporkan berlaku di seluruh negara sejak 2011.  
Berdasarkan rekod Bernama, kebakaran terbesar membabitkan warga pusat tahfiz yang mendapat liputan meluas  berlaku  pada 22 Sept 1989 yang menyaksikan lapan buah asrama Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Al-Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya di Yan, Kedah hangus terbakar.
Dalam kebakaran itu, seramai 27 pelajar sekolah terkorban dalam keadaan yang sungguh tragis dan jenazah mereka dikebumikan di tanah perkuburan khas "27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya" di Padang Lumat, Yan.
Berikut adalah kronologi insiden kebakaran melibatkan sekolah agama dan tahfiz di seluruh negara sejak 2007: 

2017

* 13 Jan : Seorang murid tahfiz cedera dalam kebakaran asrama Pondok Nurul Iman di Kampung Tanjung Batu, Nenasi, Pekan.
* 16 Jan :  Seramai 113 pelajar Pusat Pendidikan Islam an-Nuur atau lebih dikenali Pondok an-Nuur di Pantai Sepat, Kuantan hilang tempat tinggal selepas asrama mereka musnah terbakar. 
(Ini merupakan kejadian kedua selepas kejadian pertama pada tahun 2006,  juga melibatkan asrama pelajar)
* 7 Feb : Seramai 73 pelajar perempuan Sekolah Agama Maran di Pahang tinggal sehelai sepinggang setelah asrama kediaman mereka musnah sepenuhnya dalam kebakaran.
* 28 Feb : Sebanyak 40 pondok kediaman yang menempatkan 100 pelajar berumur antara 15 dan 30 tahun di Pondok Al-Baghdadi, Tumpat hangus terbakar, namun kesemua pelajar terselamat.
* 17 April : Sebanyak 10 pondok kediaman pelajar Pusat Pengajian Pondok Seri Permai, Permatang Sungkai di Pasir Puteh, Kelantan musnah dalam kebakaran menyebabkan kerugian kira-kira RM161,000.
* 30 April : 30 pelajar Mahaad Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah Mukim Lalang, Banggol Chicha, Pasir Mas tinggal sehelai sepinggang apabila asrama penginapan mereka musnah dalam kebakaran.
* 3 Julai : Bilik stor di bawah tingkat asrama yang didiami 68 pelajar perempuan di Sekolah Agama Maahad Al-Islah di Teluk Intan, Perak musnah dijilat api. 
* 4 Julai : 18 pondok penginapan Madrasah Addiniah Al-Latifiah di Pengkalan Hulu, Kelantan yang menempatkan 66 penuntut musnah dalam kebakaran. 
* 30 Julai : Dua blok asrama yang menempatkan 100 pelajar lelaki Maahad Tahfiz Al-Barakah di Sepang musnah dalam kebakaran.
*14 Sept : Seramai 21 pelajar dan dua guru maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di Kuala Lumpur.
Kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas yang berlaku di hadapan pintu masuk bilik asrama tingkat paling atas bangunan tiga tingkat itu.

2016 
* 18 Jan : Bangunan dua tingkat termasuk asrama menempatkan 30 pelajar Madrasah Tahfiz Al-Redzuan musnah dalam kebakaran di Kampung Dato Ahmad Razali, di Dengkil. 
* 7 Mac : Seramai 60 pelajar Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi hilang tempat tinggal apabila asrama mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 40, Sabak Bernam.
* 3 Mac : Asrama pelajar Maahad Tahfiz at-Tijarah di Jalan Bukit Idaman 8, Bukit Idaman di Selayang,  antara yang musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai tiga tingkat.
* 11 Mei : Sebuah bangunan dua tingkat asrama Madrasah Tahfiz Al-Quran Raudhatul Ulum, Bagan Selat, di Butterworth musnah dalam kebakaran manakala penghuninya terselamat.
* 18 Jun : Asrama Madrasah Diniah Bakriah Pondok Pasir Tumboh yang menempatkan lebih 50 penghuni hangus dalam kebakaran, bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.  (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan melaporkan ini kebakaran kedua di lokasi sama selepas yang pertama pada Julai 2016) 
* 22 Sept : Sebuah pondok lama di Maahad Tahfiz Daril Naim, Pangkal Kala, Melor, di Kota Bharu, musnah terbakar.

2015 

* 6 Mei: Sebuah premis yang menempatkan barang keperluan pelajar Pusat Pengajian Islam dan Tahfiz Ribat Assyafie di Taman Murni Perdana di Dungun musnah dalam kebakaran.
*13 Mei : Sebuah bangunan yang menempatkan asrama bagi 26 orang pelajar Tahfiz Khairul Kalam di Jalan Kebun di Shah Alam terbakar.
* 29 Julai : Tiga pelajar Sekolah Agama Raudhatut Tahfiz di Km 2, Jalan Gunung Jerai di Guar Cempedak melecur dalam kebakaran bangunan asrama mereka.
* 28 Ogos : Sebuah asrama Madrasah Tahfiz Al-Zahra di Kampung Ladang, Gelang Patah di Johor Baharu terbakar kira-kira 6 pagi.
* 21 Okt : Kebakaran memusnahkan 70 peratus Sekolah Agama Al Ummi Tahfiz al-Quran di  Labuan, bagaimanapun, semua pelajar dan gurunya selamat.

2014

14 Feb : Sebanyak 17 pelajar Maahad Tahfiz Muhammadiah, Bukit Rangin di Kuantan tinggal sehelai sepinggang apabila bangunan madrasah dua tingkat yang turut menempatkan asrama mereka musnah dalam kebakaran.

2013 

* 15 Jun : Seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu, dekat Sungai Petani, maut manakala dua rakannya cedera dalam kebakaran di asrama Maahad berkenaan.
*4 Julai: Sejumlah 81 pelajar Sekolah Menengah Agama Kunak di sini tinggal sehelai sepinggang selepas asrama sementara yang menempatkan pelajar lelaki musnah dalam kebakaran 

2012

* 9 Sept : Tingkat dua sebuah bangunan yang menempatkan asrama dihuni 25 pelajar Maahad Tahfiz Assyifa di Kampung Kolam, Kuala Ibai di Kuala Terengganu, terbakar dalam satu kejadian ketika pelajar solat Zuhur di surau berhampiran.
*25 Jan: Sebuah asrama pelajar lelaki di Sekolah Menengah Agama Nadzah, Bukit Besar di Yan, Kedah hangus dalam kebakaran dipercayai akibat litar pintas sebelum merebak ke seluruh bilik dan memusnahkan katil, tilam dan segala kelengkapan pelajar.
Pada 1996 dan 2005, berlaku kebakaran di sekolah yang sama membabitkan sebuah blok asrama pelajar perempuan.

2011 

*16 Jan : Tingkat atas bangunan Sekolah Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zdalifah setinggi dua tingkat di Km3, Jalan Sungai Korok, Lebuh raya Sultan Abdul Halim di Alor Setar musnah dalam kebakaran kira-kira 10.50 pagi.  

2010

*22 Jan : Sekolah Pondok Lubuk Tapah, pusat agama dan pendidikan tertua di Kelantan musnah dalam kebakaran.
* 25 Julai: Seorang pelajar berusia lapan tahun di sekolah agama swasta di Hulu Langat rentung setelah terperangkap dalam kebakaran pukul 1.30 pagi yang memusnahkan bangunan menempatkan Pusat  Pengajian Hayatul Ulum pada pukul 1.30 pagi.

2009

* 1 Jan : Kebakaran yang berlaku di sebuah bangunan dua tingkat di Sekolah Madrasah Darul Hikmah, di Kota Kinabalu menyebabkan kerugian kira-kira RM200,000, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

2007 

* 7 Ogos : Seramai 12 pelajar Sekolah Menengah Agama Darul Makmur di Pekan, Pahang tidak dapat menduduki ujian lisan al-Quran Sijil Sekolah Menengah Agama (SMA) setelah bangunan sekolah mereka musnah dijilat api dalam kejadian pada pukul 4.45 pagi.
Kebakaran itu mengakibatkan empat buat kelas, sebuah bilik komputer, bilik guru dan bilik pengetua termasuk wang tunai RM8,500 hangus.
* 22 Sept : Sebuah kebakaran memusnahkan 40 pondok di Sekolah Pondok Bandar Hilir di Teloi, Sik, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana kejadian berlaku pada musim cuti persekolahan.
* 22 Okt : Sebuah blok asrama yang menempatkan 96 murid di Sekolah Nurul Hidayah Al-Quran Maahad Tahfiz Pasir Putih hangus dijilat api, namun kesemua pelajar selamat kerana mereka ketika itu menghadiri kelas.- Bernama

kredit: Sinar Harian Online

Tuesday, 31 January 2017

APLIKASI PERCUMA - AIRCOND / PENGHAWA DINGIN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Disini saya ingin kongsikan aplikasi telefon yang dapat membantu kita sebagai pengguna penghawa dingin dengan mengenali masalah-masalah yang berkaitan dengan penghawa dingin.

Aplikasi ini sudah boleh di download secara percuma melalui App Store atau Play Store. Pada yang ingin dapatkan aplikasi ini secara percuma boleh download di link dibawah:

Bagi yang menggunakan Apple Iphone boleh ke link ini:

APPLE IOS

Dan bagi yang menggunakan Smart Phone Android boleh melalui link ini:

ANDROID

Saya berharap kesemua penerima link dapat melayari aplikasi dan berharap ianya membantu anda mengenali masalah penghawa dingin anda.

Sekian terima kasih.

Monday, 21 November 2016

LANGSAI LOAN RUMAH SEAWAL 10 TAHUN?

Pernah dengar tentang LANGSAI HUTANG RUMAH SEAWAL 10 TAHUN sahaja!!!??? Seorang sahabat saya akan BONGKAR cara-cara bagaimana kita mampu LANGSAI LOAN RUMAH semudah A,B,C... 

Ada yang nak kenal?? Kenalah pergi ke SEMINAR beliau. Namun, sahabat saya ada pesan pada saya dia hanya rasakan beberapa kriteria sahaja yang layak hadir ke SEMINAR beliau. Kriteria nya adalah seperti berikut:


  1. Pada yang merasakan KOS SARA HIDUP makin MENINGKAT dan MEMBEBANKAN
  2. Pada yang rasa TERTEKAN dengan HUTANG
  3. Pada yang secara KONSISTEN menghabiskan duit gaji bagi MEMBAYAR LOAN RUMAH
  4. Pada yang BAYAR LOAN RUMAH secara KONSISTEN tetapi mendapati baki macam tidak luak sahaja.
  5. Pada yang dah LETIH melihat duit anda HANGUS setiap bulan bagi membayar LOAN RUMAH.
JANGAN RISAU !

Jangan biarkan masalah-masalah ini menghantui anda. Setiap masalah ada penyelesaiannya.

Anda tak perlu membazirkan wang ringgit anda lagi. Saya akan tunjukkan TEKNIK yang BETUL sampai anda jadi pandai.

SEMINAR TEKNIK LANGSAI HUTANG RUMAH 10 TAHUN

03 Dis 2016 | Sabtu | 8:30am – 1:00pm | MaGIC Cyberjaya

Seminar yang bakal membuka mata anda dan melihat sendiri ke mana perginya duit yang anda bayar setiap bulan. Ianya bakal membuatkan anda menguasai TEKNIK KILLER LANGSAI HUTANG RUMAH dalam masa 10 tahun sahaja dan menjimatkan faedah pinjaman sehingga RM300 Ribu.

Teknik yang sangat mudah sehinggakan anda sendiri pun tak percaya ianya berada di depan mata anda selama ini. Cuma anda sahaja yang tak tahu sebab tak ada orang lain yang bagitau. Lebih 2,000 orang sudah tahu teknik ini. Kini giliran anda pula

8 PERKARA YANG ANDA AKAN BELAJAR DARIPADA SEMINAR INI

[✔️] Apa yang membezakan konsep pinjaman rumah dengan pinjaman yang lain
[✔️] Kenapa baki pinjaman rumah anda macam tak luak aje
[✔️] Kenapa pinjaman anda masih ada baki beratus ribu RM selepas 30 tahun
[✔️] Kenapa anda perlu bayar ansuran lebih daripada yang dijanjikan
[✔️] Kenapa pembiayaan Islamik pun terlibat sama
[✔️] Bagaimana anda nak langsaikan pinjaman rumah anda tepat pada masanya
[✔️] Bagaimana anda nak langsaikan pinjaman rumah anda dalam masa 10 tahun
[✔️] Bagaimana anda boleh jimat faedah pinjaman sehingga lebih RM300,000

SIAPA SAYA, AZIZ AHMAD

► Public Speaker, Perunding Hartanah, Pelabur Hartanah dan Penasihat Pembangunan Tanah
► Sering muncul di kaca TV, Surat Khabar dan Majalah Hartanah
► Sering dijemput oleh pemaju untuk bercakap di Majlis-Majlis Pemaju
► Berpengalaman lebih 8 tahun sebagai Perunding Hartanah
► Mantan Timbalan Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia
► Pernah menjadi Perunding Pinjaman Rumah dan telah membantu ramai orang melunaskan pinjaman rumah mereka dalam masa 10 tahun atau kurang

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
LEBIH 2,000 ORANG SUDAH TAHU TEKNIK KILLER INI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SIAPA YANG PERLU HADIR ?

Anda yang akan ambil loan rumah satu hari nanti dan anda yang ada loan rumah jenis ini :

► Term Loan
► Flexi Loan
► Conventional Loan
► Islamic Financing
► Bai Bitaman Ajil
► Musyarakah Mutanakisah
► Tawarruk

KENAPA ANDA PERLU HADIR ?

Ianya..

[✔️] Praktikal
[✔️] Step by step
[✔️] Fast results
[✔️] Mudah difahami, mudah diikuti
[✔️] Straight to the point, no teori-teori lagi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ramai peminjam rumah yang membuat tindakan yang salah yang akhirnya menjerat mereka dalam kongkongan HUTANG
Lagi PARAH bila mereka langsung tidak membuat apa-apa TINDAKAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SEMINAR TEKNIK LANGSAI HUTANG RUMAH 10 TAHUN

03 Dis 2016 | Sabtu | 8:30am – 1:00pm | MaGIC Cyberjaya

YURAN KEBIJAKSANAAN ANDA

RM 1,099

RM 599

RM 199

HANYA RM 99

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TUNGGU ! BACA INI DULU
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah anda masih lagi merasakan yang Yuran Kebijaksanaan anda ini mahal ?

Jika anda merasakannya mahal, cuba anda renungkan seketika

sudah berapa lama anda membayar hutang rumah anda?

Sudah berapa banyak RM yang anda keluarkan?

Ke manakah perginya duit anda kalau tidak kepada bayaran faedah atau ‘kadar keuntungan’ ?

Yer… Walaupun anda ambil Pembiayaan Islamik.

Tanpa tindakan hari ini, anda masih juga perlu membayar hutang rumah anda. Dan terus membayar sampai sudah tak tahu berapa RATUS RIBU RM lagi anda akan bazirkan untuk membayar faedah dan ‘Kadar Keuntungan’

Tetapi jika anda mengambil langkah bijak hari ini dan terus mendaftar, anda dapat menyelamatkan diri anda dan keluarga anda daripada terus terjerumus ke dalam lubang hutang keliling pinggan

Baiklah ! Atas permintaan ramai daripada peserta-peserta seminar saya sebelum ini…

Saya ambil keputusan untuk berikan BONUS Istimewa ini juga kepada peserta yang mendaftar AWAL

~~~~~~~~~~~~
EXTRA BONUS
~~~~~~~~~~~~

1. EBook ‘Teknik Bebola Salji’

RM50
PERCUMA

CARA MUDAH DAN CEPAT MELANGSAIKAN HUTANG

[1] Hutang Kereta
[2] Hutang Peribadi
[3] Hutang Kredit Kad
[4] Hutang Pelaburan
[5] Hutang Perniagaan

ADA LAGI….

2. Video ‘DI MANA HARTANAH PANAS’

RM150
PERCUMA

8 RAHSIA SAYA BONGKARKAN DI DALAM VIDEO INI

[1] 2 Perkara paling utama perlu ada untuk ‘menilik’ kawasan hartanah panas
[2] Lokasi panas zaman dulu-dulu yang masih menjadi panas sehingga sekarang
[3] Lokasi panas tahun 80-an, 90-an, 2000-an, 2010-an
[4] Lokasi panas yang sudah ada sekarang
[5] Lokasi panas yang bakal ada nanti
[6] Fakta-fakta penting untuk analisa kawasan panas
[7] Selain faktor Lokasi, apa lagi faktor lain yang menjadikan kawasan itu panas
[8] Kajian kes yang sudah berlaku di negara jiran yang bakal berlaku di negara kita

* ** SAYA AKAN BERIKAN BONUS INI SEMASA SEMINAR NANTI

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
RAMAI ORANG YANG NAK TAHU TEKNIK KILLER INI.
TETAPI TEMPAT TERHAD !
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya tak dapat nak jamin yang anda akan mendapat tempat kali ini.

Hanya anda sahaja yang menentukannya dengan tindakan CEPAT anda.

JAMINAN SAYA KEPADA ANDA

Saya tak mahu anda merasa rugi menghabiskan masa anda yang sangat berharga hanya untuk mendengar saya bercakap dan balik tanpa belajar sesuatu yang berguna untuk anda dan keluarga anda.

Dengan izin Allah, anda akan pulang dengan senjata ilmu yang mampu mengubah hidup anda dan keluarga anda. InsyaAllah

Saya nak tiket Seminar Killer Langsai Hutang Rumah 10 Tahun SEKARANG

DAFTAR SEKARANG !

Klik "VIDEO PERCUMA" sekarang bagi daftarkan diri sebagai peserta SEMINAR LANGSAI HUTANG RUMAH SEAWAL 10 TAHUN di VIDEO PERCUMA

Video di bawah sedikit intro tentang ilmu "LANGSAI HUTANG RUMAH SEAWAL 10 TAHUN".