Friday, 20 October 2017

5 TIPS PEMILIHAN, PEMBELIAN & PENGGUNAAN PENGHAWA DINGIN



5 TIPS PEMILIHAN, PEMBELIAN & PENGGUNAAN PENGHAWA DINGIN.

Sebahagian besar dari pengguna kurang kesedaran tentang bagaimana mereka dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan ada yang lebih selesa menuding jari pada pihak TNB atas sebab kenaikan tarif. Sedangkan sebagai pengguna kita perlu lebih sedar tentang cara efektif penggunaan peralatan elektrik demi memastikan penggunaan tenaga elektrik lebih stabil.

Jadi, saya cuba mendalami dan hari ini ingin berkongsi 5 tips penggunaan penghawa dingin yang lebih efektif tenaga. Pemilihan penghawa dingin adalah disebabkan kenaikan bil elektrik pada musim elnino dan kita dapat lihat kecenderungan pengguna menyerang TNB kerana berang bil elektrik melambung 2 kali ganda dari biasa.

Sebaiknya pengguna perlu tahu bagaimana proses sejuk sebuah penghawa dingin terlebih dahulu kerana bila teruskan dengan tips pengguna akan faham kenapa dan atas kecenderungan apa tips ini dikongsikan.

Sebuah penghawa dingin akan menggunakan tenaga elektrik 3 kali ganda dari biasa bagi mencapai suhu yang kita tentukan pada remote tersebut. Setelah capai suhu yang ditetapkan ianya akan berjalan mengikut kadar penggunaan elektrik yang minimum.

Pertama – Saya akan mulakan dengan kriteria yang perlu dipertimbangkan semasa pembelian/pemilihan penghawa dingin iaitu:




a)       Jenama

WAJIB kita memilih jenama yang produk utama mereka adalah membuat penghawa dingin & bukan jenama yang menjadikan penghasilan penghawa dingin semata-mata menjual kepada pengguna.

Ini kerana pengeluar utama lebih cepat memperbaharui teknologi dan sentiasa mengikuti perkembangan terbaru serta produk mereka lebih bertahan lama dan mudah mendapatkan alat gantian.

b)      Kelulusan Penjimatan Elektrik

Selain dari memilih penghawa dingin jenis inverter kita juga boleh membeli penghawa dingin yang non-inverter tetapi perlu mendapatkan penghawa dingin yang berkelulusan jimat elektrik dari pihak Suruhanjaya Tenaga.

Terdapat label pada penghawa dingin yang menunjukkan nilai penjimatan mengikut bintang.




Kedua – Kebarangkalian pengguna tidak tahu bagaimana mengira BTU (British Thermal Unit) dalam menentukan hp (horse power) penghawa dingin bagi sesuatu ruang. Walaupun ianya nampak remeh tetapi ianya adalah langkah pertama yang perlu kita patuhi bagi menikmati penjimatan penggunaan kadar tenaga elektrik sesuatu ruang.

Pemilihan hp (horse power) unit penghawa dingin yang bersesuaian dengan ruang adalah sangat penting bagi mengelakkan kerugian tenaga elektrik pada sesuatu ruang tersebut. Jadi, pengguna perlu mendapat beberapa maklumat seperti lebar, panjang, tinggi sesuatu ruang dan kuantiti pitu serta tingkap. Maklumat ini adalah bagi membolehkan pengedar atau kontraktor mengira BTU (British Thermal Unit) pada ruang tersebut dan seterusnya menentukan kadar hp yang sesuai bagi ruangan tersebut.

BTU bagi seorang adalah 600 jadi sekiranya pengguna merasakan sesebuah ruangan itu mungkin dihadiri lebih dari kapasiti asal, pengguna boleh tambahkan 600 BTU bagi setiap seorang. Jadi ini akan membantu proses sejuk berlaku dengan lebih cepat dan efisyen tenaga.

Ketiga -  Kita perlu sedar satu perkara iaitu sebagai kata kunci iaitu lebih cepat proses sejuk mencapai suhu yang ditetapkan lebih kurang penggunaan tenaga elektrik. Jadi, kita perlu fikir dari setiap sudut demi capai penggunaan tenaga yang efisyen.

Pastikan setiap ruang yang terdedah kepada cahaya seperti cermin tingkap ditutup dengan blind atau di gelapkan. Ianya bagi mengurangkan kadar cahaya atau haba diluar mengganggu atau melambatkan proses sejuk sesuatu ruang.

Ini adalah masalah yang berlaku pada peringkat awal pembinaan rumah. Kita membuat bayangan kediaman tanpa fikir dan rancang kemungkinan masalah yang kita bakal lalui terlebih dahulu. Dan rata-rata kita hanya akan sedar selepas mendiami kediaman yang dikelilingi dengan ruang yang terdedah. Tidak salah ikut trend design tetapi ianya perlu ditimbang juga dengan perkara-perkara yang boleh menjadi beban tanggungan kepada kita.


Keempat -  Penetapan suhu penghawa dingin juga mempengaruhi bil elektrik kita. Jadi, sepertimana yang dicadangkan pihak TNB penetapan suhu harus di antara 24-26 darjah celcius.

Tidak dinafikan penetapan suhu tersebut mepengaruhi tempoh bagi mencapai kepuasan pengguna namun ia adalah paras suhu yang ideal bagi menjimatkan elektrik.

Penetapan suhu tersebut akan menjadikan kompressor penghawa dingin lebih cepat capai penetapan suhu dan berfungsi pada kadar minimum berbanding dengan penetapan suhu 16 darjah celcius.

Kelima – Penggunaan timer (penetapan masa) pada remote penghawa dingin adalah penting. Ini kerana kita dapat menetapkan tempoh penggunaan penghawa dingin & dapat mengelakkan pembaziran.

Sebagai contoh pada waktu malam adalah lebih baik sekiranya kita menetapkan tempoh penggunaan bagi menggelakkan penghawa dingin terbiar sehingga awal pagi.

Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang pemilihan, pembelian & penggunaan penghawa dingin supaya lebih efisyen tenaga elektrik. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada sahabat semua.

Sekian terima kasih.

p/s: Bagi dapatkan lebih banyak lagi tips jimat letrik bokeh follow di FB saya.
Follow FB: www.facebook.com/abangkaren





Thursday, 19 October 2017

3 TIPS JIMAT ELEKTRIK MUSIM PANAS

3 TIPS JIMAT ELEKTRIK MUSIM PANAS.


Kejadiran musim panas sudah pasti membuatkan segelintir tidak senang dan kebiasaannya menjadi rungutan bila tiba BIL ELEKTRIK.


Namun apa yang saya dapati menarik ialah ia juga dapat membantu kita menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.


Bagaimana?? Jom sambung baca.....


  1. Dapat mengurangkan penggunaan lampu.
  2. Kita dapat elakkan menggunakan pengering baju (dryer).
  3. Membantu mempercepatkan proses cas tenaga sistem solar & mampu bertahan lebih lama.


Bertindak sebelum terlambat!! InsyaAllah dapat membantu kita lebih berjimat cermat. 


#jimatletrikjimatduit

#tipsjimatletrik

#musimpanas

#elnino

3 TIPS JIMAT LETRIK TANPA KOS

3 CARA JIMAT LETRIK TANPA KOS

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••


Menarik tak kalau kita boleh jimatkan penggunaan elektrik tanpa kos. Tanpa kos maknanya tidak memerlukan kita mengeluarkan duit tetapi dapat menjimatkan elektrik.


Jadi saya harap perkongsian ini dapat memberi manfaat pada sahabat semua. InsyaAllah.


1. CABUT PLUG 


Pastikan cabut plug dari socket bagi elakkan aliran elektrik berterusan bocor.


2. ELAKKAN KERAP GUNA IRON


Jadualkan sebetulnya waktu mengosok baju supaya tidak kerap gunakan iron kerana setiap kali memanaskan pemanas iron box kita menggunakan tenaga elektrik yang sangat tinggi jadi sebaiknya kita elakkan kerap gunakan dan tukarkan atau jadualkan supaya dapat uruskan baju yang perlu digosok dalam satu masa yang tertentu.


3. PASTIKAN MESIN BASUH CAPAI KEMAMPUAN PENGGUNAAN


Tidak hanya menbasuh baju bila rasa perlu atau ikut suka hati kerana bagi mengelakkan pembaziran tenaga elektrik kita perlu pastikan setiap kali menggunakan mesin basuh ianya mestilah mencapai kemampuan beban mesin basuh itu. Sebagai contoh sekiranya kemampuan mesin basuh menampung 7kg jadi kita pastikan setiap basuhan mencapai kadar 7kg.


Untuk memastikan tips diatas berkesan kita hanya perlu DISIPLINKAN diri supaya setiap tindakan diatas dilaksanakn secara KONSISTEN. 


Saya harap sahabat semua dah mula BERTINDAK dan bukan sekadar MERANCANG sahaja!! 


Sekiranya TIPS ini membantu harap dapat SHARE supaya lebih ramai lagi dapat manfaat dari perkongsian ini.


SELAMAT MENCUBA!!

Semoga Bermanfaat!!


#jimatketrikjimatduit

#tipsjimatletrik

#jimattanpakos

#abangkaren